Cuba Jaya

Monday, June 25, 2018

     Bamboo area, salah sebuah lokasi di Lantang Trek yang boleh di singgah semasa trekking, di mana di sini terdapat beberapa guest house yang boleh menjadi tempat penginapan. Dari Syafrubesi ke Bamboo area ini, bagi normal trekker, ia mengambil masa dalam 3 - 4 jam perjalanan trekking. Kebanyakan trekker yang menginap di sini adalah trekker yang merancang untuk perjalanan trekking yang lebih lama. Trekking dengan kadar yang agak perlahan sambil menikmati permandangan, kerana normal trekker tidak akan menginap disini kerana masih ada masa untuk naik ke tempat yang lebih tinggi. Kebanyakan trekker akan merancang ke tempat yang lebih tinggi iaitu di kawasan Lamma (terdapat lebih banyak guest house disini) untuk bermalam.

    Bagi kumpulan kami yang tidak berpengalaman dalam trekking ini mengambil keputusan untuk menginap disini memandangkan perjalanan kami mengambil masa yang agak lama disebabkan tiada pengalaman dan juga kerana kami tidak mengupah "porters" untuk membawa barang-barang kami. Jadi tiada pilihan, terpaksa menginap disini memandangkan waktu telah pun semakin lewat sekiranya untuk terus naik keatas. Pada waktu ini, pukul 6 petang cuaca telah gelam seperti senja/malam.

     Kebanyakan pengusaha guest house disini adalah peramah (one of the marketing strategy). Sebelum kami sampai disini, kami telah pun terserempak dan ditegur oleh salah seorang pengusaha guest house disini yang mempelawa kami untuk menginap disini kerana dia mengatakan bahawa kami tidak akan sempat untuk teruskan perjalanan ke kawasan Lamma yang mengambil masa trekking 1 1/2 jam lagi.

   Kawasan Bamboo ini antara yang menarik kerana ia terletak betul betul di tepi jeram yang mempunyai permandangan yang menarik. Deruan air jeram akan sentiasa menemani kita disini terutama apabila sebelah malamnya kerana ia akan kedengaran begitu jelas sekali di ruang tidur/bilik penginapan. Amat mengasyikkan tambahan pula di temani dengan cahaya lilin yang dibekalkan oleh pemilik guest house tersebut. Cahaya lilin akan menjadi peneman sepanjang malam memandangkan tiada bekalan elektrik disini. Pemilik guest house ini menggunakan bateri untuk menyalakan hanya sebiji lampu bagi menerangi kawasan dalam ruang tidurnya yang juga merupakan ruang tempat tetamu (trekker) menikmati makan malam. Pemilihan untuk makan malam di ruangan ini menjadi pilihan trekker kerana terdapat dapur kayu yang merupakan merupakan (heater) pemanas bagi memanaskan badan dalam kedinginan malam memandangkan waktu ini (Oktober & November) suhu agak sejuk disebelah malam dan awal pagi, berbanding tengah hari. Ini belum lagi masuk "Winter" yang pasti lagi dingin suhunya.

    Di kawasan Bamboo ini masih lagi boleh mendapat liputan telefon bimbit (Edge for data) sekiranya kita membeli Starter Pack Prepaid Phone (seperti yang saya lakukan sebaik tiba di airport, kedainya bersebelahan kaunter membeli tiket teksi di arriving hall). Prepaid tersebut di beli dengan harga Rupee Nepal 1000 (lebih kurang RM35), tidak termasuk data (Rs 400 utk 500 MB data). Disini saya sempat untuk upload gambar instagram terakhir saya menggunakan iphone sebelum naik lebih tinggi ke atas yang pastinya tiada lagi liputan telefon. Pengusaha guest house disini menggunakan telefon setelit untuk berkomunikasi. 

    Kami menginap di guest house yang bernama "Sherpa". Kos 6 orang kami sini untuk semalaman lebih kurang Rupee 7000 (dalam RM250) kalau tak silap, tak berapa ingat. Ia merupakan makan petang semasa tiba, makan malam, penginapan (blanket perlu dibayar) dan juga sarapan pagi esoknya. Kos di atas ini memang agak tinggi, memandangkan ia melibatkan kos mengupah porters untuk membawa barang ke atas. Lagi tinggi kita naik, lagi tinggi kosnya, terutama yang melibatkan barang mentah. Sekiranya hendak menggunakan hot shower, ia mengenakan charge Rupee 150. Semasa kami menginap di sini, terdapat satu family 4 beranak yang merupakan trekker yang juga menginap disini.

 

Berehat setelah tiba di kawasan Bamboo ini

 

Pemilik Guest House "Sherpa"

 

Keluarga trekker 4 Beranak bersama portersnya yang juga menginap di situ

 

Sedikit cendera hati juga boleh didapati disini

 

Salah seorang trekker dari Australia yang menginap di salah sebuah guest house di kawasan Bamboo ini

 

Ruang makan guest house ini betul-betul berada di tepi jeram di mana sumber air juga di ambil dari jeram tersebut

 

Permandangan yang indah di kawasan Bamboo ini

 

Ruang tidur yang mempunyai permandangan jeram yang indah

 

Suasana guest house yang bertaraf 5 bintang

 

Suasana menikmati makan malam di Sherpa Guest House

 

En. Shukur kita beramah mesra dengan pemilik guest house ini di temani dengan porters yang tahu berbahasa Melayu

 

Salah seorang chef yang menyediakan makanan disini

 

Anak pemilik guest house ini juga turut membantu keluarganya

 

Hidangan telah siap

 

Menikmata haba dari "Original Heater"

 

Ruang tempat duduk makan inilah yang juga merupakan tempat tidur keluarga pemilik guest house tersebut

 

Kenangan bersama keluarga pemilik guest house tersebut (Photo by Mohd Shukur)

 

Alhamdulillah, saya telah di jemput untuk satu temuramah dalam rancangan Assalamualaikum TV Al-Hijrah pada 16 Apr 2016. Temuramah secara langsung di TV Al-Hijrah ini adalah untuk perkongsian saya tentang pengembaraan saya bersama rakan di Nepal pada tahun 2012. Ia juga sebagai salah satu promosi tentang buku travelog pertama yang saya tulis bertajuk "Langtang Nepal, Menjelajah Hingga ke Himalaya". Ini merupakan pengalaman buat pertama kalinya saya muncul di kaca TV secara langsung. Rasa teruja, berdebar dan takut menyelubungi saya sebelum rancangan ini bermula. Tambahan pula, pihak TV Alhijrah tiada memberikan sedikit penerangan ringkas sebelum rancangan ini bermula. TV Alhijrah mengandaikan saya telah biasa masuk TV, he he he. Walau bagaimana pun, Alhamdulillah saya berjaya mengurangkan rasa gementar saya setelah rancangan bermula dan semuanya berjalan dengan lancar.

Rancangan Assalamulaikum ini bermula jam 9.00 pagi sehingga 10.30 pagi.  Saya di beritahu slot saya adalah pada pukul 9.15 pagi dan di nasihatkan untuk tiba di studio pada pukul 8.00 pagi. Bagaimanapun, slot saya di ubah pada pukul 10.10 pagi. Saya hanya baru tahu bahawa pusat operasi TV Al-Hijrah terletak bersebelahan Masjid negara apabila mendapat jemputan ini. Saya di temani oleh adik saya dan juga suaminya untuk rancangan ini. Mereka juga teruja kerana buat pertama kalinya dapat masuk ke set rancangan TV bagi rancangan secara langsung. Di harap semua yang mendengar perkongsian saya ini faham dan memperolehi sedikit sebanyak tips yang di berikan bagi yang ingin mengembara di Nepal. 

Pengacara pada pagi itu adalah Isma Hasmie & Raja Sofie yang begitu ramah sekali telah membuatkan rasa berdebar saya sebelum rancangan bermula kian berkurangan. Saya berasa selesa bila rancangan bermula dan dapat fokus dengan temuramah tersebut. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar sekali. Terima kasih di ucapkan buat TV Al-Hijrah yang telah sudi menjemput saya bagi rancangan tersebut. 

 

 

 

 

Tajuk Buku : LANGTANG NEPAL, Menjelajah Hingga Ke Himalaya

‪#‎langtang‬ ‪#‎nepal‬ ‪#‎travel‬ ‪#‎backpackerstory‬ ‪#‎travelog‬ ‪#‎travelogmieey‬‪#‎mieeyphotography‬ ‪#‎langtangnepal‬
‪#‎mieey‬ ‪#‎backpackers‬ ‪#‎trekking‬ ‪#‎book‬ ‪#‎buku‬

Harga : RM 28.00, RM 30.00 (Sabah/Sarawak)
Harga Termasuk Kos Penghantaran : RM 34.00, RM 39.00 (Sabah/Sarawak)
Size buku : A5
Bilangan Muka Surat : 304 Muka surat ( 229 muka surat hitam putih, 75 muka surat berwarna)

Tempahan Melalui : -
1. Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
2. Facebook : www.facebook.com/travelogmieey
3. Facebook : www.facebook.com/mieeyphotography
4. WhatsApp : 019-5694141
5. COD : Alor Setar dan sekitarnya

Pembayaran :
1. Transfer/ Bank In/ Cash Deposit ke:
A. Bank Islam.
No Akaun : 02-1050-1002-1528
Nama : Travelog Mieey Enterprise
B. Maybank Berhad
No Akaun : 5521-7005-9514
Nama : Mohamad Hilmi Osman

* Mohon berikan maklumat pembayaran (slip pembayaran/Transfer statement) melalui email, telefon/SMS/WhatsApp agar proses penghantaran boleh di buat.

* Di harap dengan pembelian Travelog ini dapat memberikan sumber inspirasi kepada saya untuk terus mengembara dan berkongsi pengalaman pengembaraan saya dengan anda semua. Terima Kasih

Regards,
Mhilmi Osman

 

ALL PHOTO TAKEN USING IPHONE 6

 

Pengembaraan solo dari Beijing ke Alor Setar dengan menggunakan keretapi dan bas. 

 

Pengembaraan solo saya bermula pada 20 Dis 2015 dari Beijing dan tiba di Alor Setar pada 6 Jan 2016. Terdapat beberapa laluan jalan darat yg boleh di pilih di antara Beijing hingga ke Tanahair Malaysia. Saya telah memilih laluan dari Beijing - Xi'an - Kunming - Yuanyang - Hekou/Lao Cai Border - Hanoi - Saigon - Moc Bai/Bavet Border - Phnom Penh - Siem Reap - Poipet/Aranyaprathet Border - Bangkok - Hatyai - Padang Besar Border - Alor Setar. 

 

Saya memilih beberapa lokasi untuk saya melakukan sightseeing. Antara lokasi yg di pilih adalah Great Wall (Jinshanling) dan Forbidden City di Beijing, Wall of Xi'an dan Terracotta di Bandar Xi'an, Rice Terrace di Xinjie Town, Yuangyang. Juga beberapa lokasi pelancungan di Vietnam dan Angkor Wat di Cambodia. Tidak banyak aktiviti sight seeing yang boleh dilakukan sepanjang pengembaraan ini kerana kekangan dari segi masa. Saya berjaya menghabiskan laluan jalan darat ini dalam masa 17 hari.

 

1. Beijing ke Xi'an, keretapi biasa (6 berth) Train Number : Z43 - Perjalanan Mengambil masa 12 jam 30 minit.

2. Xi'an ke Kunming, keretapi biasa (4 berth) Train Number : K165 - Perjalanan Mengambil masa 35 jam 30 minit.

3. Kunming ke Xinjie Town (Yuanyang), Bas Express - Perjalanan mengambil masa 8 Jam 30 minit.

4. Xinjie Town (Yuanyang) ke Hekou, Bas mini melalui lereng bukit - Perjalanan mengambil masa 8 Jam 30 minit.

Cross Border to Lao Cai

5. Lao Cai ke Hanoi, Keretapi biasa (Seat) Train Number : SP2 - Perjalanan mengambil masa 8 jam.

6. Hanoi ke Saigon (HCMC), Keretapi biasa (6 berth) Train Number : SE5 - Perjalanan mengambil masa 35 jam.

7. Saigon ke Siem Reap, Bas Express - Perjalanan mengambil masa 13 jam 30 minit. - Cross border Moc bai.

8. Siem Reap ke Bangkok, Minivan - Perjalanan mengambil masa 10 jam - Cross border Poipet (termasuk menunggu minivan selama 2 jam selepas cross border)

9. Bangkok ke Hatyai, Keretapi biasa (seat) - Perjalanan mengambil masa 13 jam 30 minit.

10. Hatyai ke Padang Besar, Bas biasa - Perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit.

11. Padang Besar ke Alor Setar, ETS - Perjalanan mengambil masa 1 jam.

12. Station Keretapi Alor Setar ke Rumah, Wife dan anak2 ambil, singgah pekena Steamboot sebelum pulang. :-)

 

Saya berpuas hati dengan pengembaraan solo ini kerana banyak pengalaman yang diperolehi darinya dan segala susah senang sepanjang pengembaraan ini dirasai dan dilalui oleh saya seorang diri. Ia memberi kesan yang mendalam dan kepuasan diri dalam aktiviti travel yang merupakan salah satu hobi atau kegemaran yang saya lakukan secara separuh masa.

 

Suasana sebelah kanan Forbidden City Beijing

Forbidden City Beijing (permandangan dari luar)

Di Great Wall at Jinshanling, Beijing

Salah satu hentian antara Beijing dan Xian

Tiba di Station keretapi Xi'an

Muslim Street di Xi'an

City of Wall Xi'an

Satey Kambing di Muslim Street Xi'an

Terracotta, Xi'an

Di Great Mosque Xi'an

Permandangan dari dalam keretapi sebelum tiba Kunming

Duoyishu Village, Xinjie Yuanyang

Rice Terrace di Duoyishu Village, Xinjie

Bas yang akan dinaik dari Xinjie Town ke Hekou (8-9 jam perjalanan termasuk perjalanan di lereng bukit)

Di Station Keretapi Hanoi

Salah satu hentian keretapi antara Hanoi dan Saigon

Di dalam keretapi sebelum tiba di Saigon

War Museum di Saigon

Saigon Post Office

Hentian bas di Phnom Penh

Angkor Wat Cambodia

Sempadan Poipet sebelum memasuki Thailand

Depan surau di Station Keretapi Bangkok. Surau ni baru buat dengan interior dalaman moden. Awal tahun 2015 semasa saya di sini belum ada lagi

Station Keretapi Bangkok

Bas dari Hatyai ke Padang Besar. Apabila tiba di Sadao, hanya tinggal saya seorang sahaja yang meneruskan perjalanan ke Padang Besar

Di Station Keretapi Padang Besar. (First time naik ETS)

Isteri dan anak-anak datang ambil di station keretapi. Rindu tak terhingga kepada keluarga. (Speed up perjalanan, so dapat sampai awal sehari dari perancangan asal)

 

Kenapa saya memilih Jinshanling Great Wall.

Jinshanling Great Wall merupakan salah satu lokasi untuk kita mengunjungi Great Wall Of China. Ia merupakan lokasi yang kurang kunjungan pelancung kerana jaraknya yang lebih Jauh berbanding Badaling Great Wall. Semasa musim sejuk (winter) ia merupakan low season dan kunjungan pelancung semakin lagi berkurangan. Cable Carnya juga tidak beroperasi ketika musim sejuk. 

Oleh kerana kurang kunjungannya, tambahan pula ketika musim sejuk, kemudahan public transport amat berkurangan sekali. Bas hanya akan berhenti di hentian sebelah dan menurunkan penumpang disitu. Jarak dari hentian ke pintu masuk Great Wall lebih kurang 5 KM. Kita perlu pula mengambil minivan atau kereta sapu dari situ ke pintu masuk Great Wall. 

Ketika kunjungan saya ke situ Disember 2015 yg lalu, saya terpaksa berjalan kaki sejauh lebih kurang 1.5km sebelum dapat menaiki sebuah kereta untuk ke pintu masuk dengan bayaran CYN30. Ketika pulang pula, saya terpaksa berjalan lebih kurang 3.5km dari pintu masuk sebelum dpt menahan minivan untuk ke hentian bas tersebut. Kekurang minivan dan kereta sapu kerana ketika itu low season dan kunjungan pelancung amat kurang sekali. Kos saya ke sini adalah lebih kurang CYN80 untuk pergi balik tidak termasuk kos tiket masuk sebanyak CYN55 (low season price).

Kenapa saya perlu bersusah payah untuk ke situ. Walaupun saya telah menjangkakan bahawa susah untuk ke sini pada musim sejuk, tapi saya tetap memilih Jinshanling Greatwall adalah kerana saya ingin mendapatkan permandangan indah Greatwall tanpa kehadiran pengunjung yang boleh merosakan permandangan Greatwall tersebut. Itu adalah sebab utama saya memilih Jinshanling Greatwall dan ketika waktu musim sejuk. Di sini kita boleh mengambil gambar kita dengan kunjungan pelancung lain yang amat sedikit. Ketika saya berada di situ pada pukul 2.00 petang, hanya saya sahaja yg berada di atas Greatwall dalam lingkungan 1km tanpa mana-mana pengunjung lain.

Kepada yang ingin bergambar di Greatwall tanpa ada ganguan pengunjung lain, bolehlah cuba pergi ke Jinshanling Greatwall ini. Kepada peminat fotografi, saya amat sarankan untuk ke sini. Sekiranya anda tidak ingin menghadapi masalah pengangkutan, anda boleh membuat pilihan mengunakan khidmat travel agen dengan kos angaran antara CYN200-CYN350 bagi satu orang untuk pergi balik. Kebiasaannya jika datang bersama dengan travel agen, kita perlu berada pintu masuk lebih kurang pukul 1.30 petang untuk pulang ke Beijing. Ini bermakna kita hanya mempunyai masa lebih kurang 3 1/2 jam sahaja untuk berada di Great Wall kerana kebiasaannya kita akan tiba di pintu masuk dalam pukul 10.00 pg jika pergi dengan menggunakan khidmat travel agen. Dari pintu masuk ke Great wall pula kita terpaksa mengambil masa lebih kurang 1/2 jam untuk berjalan kaki. Jika bukan pada low season, boleh mengambil cable car bagi menjimatkan masa dimana cable car ini tidak beroperasi pada low season.

Terdapat beberapa pilihan lain lokasi Greatwall di Beijing. Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Kita boleh memilih lokasi yang berkenan di hati mengikut kegemaran masing-masing.

 Bas station di Wanjing Beijing yang membawa penumpang ke Jinshanling

Hentian rehat di mana kita perlu mengambil minivan untuk ke pintu masuk Great Wall (5KM dari sini) 

 Semasa berjalan kaki ke pintu masuk Great Wall

 Meminta bantuan pemilik kedai makan ini untuk menghantar saya ke pintu masuk Great Wall

 Pintu masuk Great Wall

 Tiket masuk Great Wall (CYN55 untuk harga semasa low season-winter)

 Arah ke Great Wall. Lokasi ini lebih kurang 1 KM dari pintu masuk (kena jalan kaki). Dari sini lebih kurang 300 meter untuk sampai ke Great Wall. Tiada sesiapa di sini ketika saya sampai

 Permandangan Great Wall tanpa pengunjung, lebih kurang pada pukul 12.30 tgh.

 Boleh bersuka ria mengambil gambar tanpa ganguan pengunjung (1.30 ptg)

 Cross Great Wall ke sebelah satu lagi. Terdapat trek trekking di sini. 

Semasa berjalan kaki untuk ke Hentian bas. Terpaksa berjalan lebih kurang 3 KM sebelum ada minivan yang boleh di naiki. Waktu ini dalam pukul 3.15 ptg