Bertahnik ialah dengan : 

Madu, kurma mahupun air zam-zam.

Ia dilakukan sebaik sahaja seorang bayi itu dilahirkan. Kita bukan bagi bayi makan semua yang di atas tu sampai kenyang ye. Kita sapu, digosok atau calitkan je sedikit bahan di atas tu di lelangit atas kiri dan kanandengan menggunakan jari.

Hadis :

Hadis Abu Burdah daripada Abu Musa r.a, maksudnya:

“Aku telah mendapat seorang anak. kemudian aku membawanya kepada Nabi SAW Baginda menamakannya Ibrahim, lalu mentahnikkannya (memecahkan mulutnya) dengan sebiji kurma.” 

Dari Abu Musa al-Asy’ari Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata :

“Ertinya : Lahir seorang anakku maka aku membawanya ke hadapan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam maka beliau memberinya nama Ibrahim. Beliau mentahniknya dengan kurma dan mendo’akan barakah untuknya. Kemudian beliau menyerahkan bayi itu kepadaku.”

Jika boleh, Tahnik iaitu membuka atau memecah mulut bayi yang baru lahir dengan buah tamar yang telah dikunyah oleh orang alim dan bertakwa.

Tapi, jika tidak, adalah memadai ianya dilakukan oleh bapa kepada si bayi.