• Slider9.jpg
  • Slider7.jpg
  • Langtang-Promo1.jpg
  • Slider4.jpg
  • Langtang-Promo2.jpg
  • Slider1.jpg
  • Slider6.jpg
  • Slider3.jpg
  • Slider8.jpg
  • Slider10.jpg
  • slider12.jpg
  • Slider5.jpg
  • Slider.jpg
Tuesday, November 20, 2018

 

Learn to enjoy every minute of your life. Be happy now.

Don't wait for something outside of yourself to make you happy in the future.

Think how really precious is the time you have to spend, whether it's at work or with your family.

Every minute should be enjoyed and savored.

Quotes by - Earl Nightingale -

 

PENANG HILL, PENANG.

Dah lama juga sebenarnya merancang untuk naik Bukit Bendera atau Penang Hill. Plan nak naik samada seorang diri atau dengan kawan. Kali terakhir naik Bukit bendera adalah pada tahun 1988 iaitu ketika darjah 6. Masa tu bapa saudara yang bawa datang ke rumahnya di Teluk Bahang. Teruja giler masa tu bila first time naik Jambatan Pulau Pinang. Masa tu, jambatan pulau pinang masih boleh berhenti di tengahya dan boleh melihat permandangan dari atas jambatan. Rugi masa tu tak ada kamera. he he he. Sekarang ni dah tak boleh berhenti di tepi kecuali kerana kecemasan.

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga naik Penang Hill walau pun tahu tak ada apa sangat di atas tu. Ambil peluang bila wife sibuk bekerja, bawak kesemua anak-anak untuk menikmati permandangan Pulau Pinang dari atas. Naik ke atas lebih kurang pukul 9.30. Tak seperti dahulu, Cable Car yang amat perlahan, dan juga terpaksa berhenti di tengah untuk tukar train untuk sampai ke atas. Kini, train ke atas semakin laju dan juga tidak perlu berhenti di tengah untuk tukar train. Naik satu train boleh terus sampai di atas.

Nasib tidak menyebelahi, kerana sekarang musim hujan, jadi kabus menyelubungi keseluruhan Bukit Bendera sehingga ke tengah hari. Jadi tak dapat langsung melihat permandangan Pulau Pinang dari atas Bukit Bendera ini Apa pun, sebenarnya nak menikmati bagaimana perbezaan naik Bukit Bendera dahulu dan sekarang. Dan juga nak bagi anak-anak merasai pengalaman tersebut. Nak bawak tempat yang lebih mencabar, agak susah juga seorang bapa nak bawak keempat anak2 dan melayan karenah mereka... :-)