Travelog "Langtang Nepal, Menjelajah Hingga ke Himalaya"

Written by mhilmi on . Posted in Travel Photography

Travelog "Langtang Nepal, Menjelajah Hingga ke Himalaya" yang wajib dibaca oleh para traveller

Antara permandangan sepanjang perjalanan dari Kathmandu ke Syabru Bensi (permulaan trekking)

 

Buku Travelog "Langtang Nepal, Menjelajah Hingga ke Himalaya" ini merupakan buku pertama di tulis oleh saya. Ia menceritakan pengalaman saya bersama 5 rakan saya ke Nepal yang mana melibatkan aktiviti trekking di Langtang Valley Trek pada tahun 2012. Kalau di ikutkan, sebenarnya laluan pendakian di Langtang Valley Trek ini merupakan laluan sederhana bagi pendaki tahap awal (beginner) untuk mengadaptasi pengalaman mendaki. Tapi pada saya yang tidak mempunyai pengalaman mendaki ini, ia seakan sangat-sangat sukar untuk di hadapi walaupun akhirnya saya berjaya juga tiba di perkampungan Langtang pada ketinggian 3430 meter. Untuk sampai ke Perkampungan Langtang ini, saya dan rakan-rakan mengambil masa selama 3 hari mendaki dengan cuaca yang sejuk ketika musim sejuk iaitu pada bulan November 2012. Ia merupakan pengalaman manis buat saya dan tidak akan saya lupa.

Saya telah pun membuat catatan ringkas sepanjang perjalanan ini.  Walaubagaimana pun, selepas tamat pengembaraan ini saya tidak terus menerbitkan buku ini memandangkan ketika itu saya tidak mempunyai keyakinan untuk menerbitkan buku sendiri walaupun ada niat di hati. Ketika itu saya sekadar berkongsi sedikit sahaja pengalaman di sana di blog saya www.mieeyphotography.com. Tetapi setelah mendapat dorongan rakan dan juga atas dasar untuk berkongsi pengalaman sepanjang trip saya ke Nepal, akhirnya saya berjaya menyiapkan tulisan saya dan seterusnya menerbitkannya. Semoga segala pengalaman yang ditulis dapat serba sedikit memberikan gambaran tentang Nepal dan juga aktiviti trekking di sana bagi yang meminati untuk pergi kesana dan merasainnya sendiri. Juga di harap ia menjadi satu pendorong kepada rakan-rakan yang ingin ke sana.

Bagi yang belum mendapatkan buku ini, boleh dapatkannya terus dari saya.

 

Tajuk Buku : LANGTANG NEPAL, Menjelajah Hingga Ke Himalaya

‪#‎langtang‬ ‪#‎nepal‬ ‪#‎travel‬ ‪#‎backpackerstory‬ ‪#‎travelog‬ ‪#‎travelogmieey‬‪#‎mieeyphotography‬ ‪#‎langtangnepal‬
‪#‎mieey‬ ‪#‎backpackers‬ ‪#‎trekking‬ ‪#‎book‬ ‪#‎buku‬

Harga : RM 28.00, RM 30.00 (Sabah/Sarawak)
Harga Termasuk Kos Penghantaran : RM 34.00, RM 39.00 (Sabah/Sarawak)
Size buku : A5
Bilangan Muka Surat : 304 Muka surat ( 229 muka surat hitam putih, 75 muka surat berwarna)

Tempahan Melalui : -
1. Email : mhilmieyx@yahoo.com
2. Facebook : www.facebook.com/travelogmieey
3. Facebook : www.facebook.com/mieeyphotography
4. WhatsApp : 019-5694141
5. COD : Alor Setar dan sekitarnya

Pembayaran :
1. Transfer/ Bank In/ Cash Deposit ke:
A. Bank Islam.
No Akaun : 02-1050-1002-1528
Nama : Travelog Mieey Enterprise
B. Maybank Berhad
No Akaun : 5521-7005-9514
Nama : Mohamad Hilmi Osman

* Mohon berikan maklumat pembayaran (slip pembayaran/Transfer statement) melalui email, telefon/SMS/WhatsApp agar proses penghantaran boleh di buat.

* Di harap dengan pembelian Travelog ini dapat memberikan sumber inspirasi kepada saya untuk terus mengembara dan berkongsi pengalaman pengembaraan saya dengan anda semua. Terima Kasih

Regards,
Mhilmi Osman

 

Yuanyang, Bila patut dilawati ?

Written by mhilmi on . Posted in Travel Photography

Ramai yang berkunjung ke Yuanyang untuk merakamkan foto 'terrace paddy field'

Keindahan pemandangan di Yuanyang ketika kabus menyelubungi

 

Musim sejuk (Disember) bukanlah waktu yang paling sesuai untuk mengunjungi ke Yuanyang bagi menikmati keindahan Paddy Terrace. Ini kerana kebanyakan waktu ketika musim sejuk, seluruh kawasan sentiasa di selubungi dengan kabus. Ketika saya berpeluang mengunjungi perkampungan Duoyishu, saya hanya berpeluang untuk mengambil gambar permandangan indah kawasan padi di situ hanya selama sejam sahaja daripada 5 jam masa saya berada di kawasan tersebut. Pemandangannya juga kurang menarik kerana tiada pokok padi di sawah mereka setelah proses menuai telah lama di lakukan. 

Waktu yang sesuai untuk datang ke sini adalah antara Januari sehingga Mac. Ini kerana ketika itu pengairan sedang giat di jalankan di kawasan sawah padi tersebut di mana amat cantik bila terdapat pantulan cahaya matahari pada air yang telah menjadikan ia kelihatan pelbagai warna. Bagaimana pun, saya mengunjungi kawasan ini kerana trip yang saya rancang, saya inginkan suasana musim sejuk di Great Wall of China semasa saya mengunjungi Beijing ketika trip yang sama ini. Apa pun, keindahan tempat ini amatlah menarik untuk di alami bila-bila masa sahaja dengan keunikan tempatnya. Dan kelebihan mengunjungi tempat ini pada musim sejuk adalah di mana ia adalah low season dan kurang pengunjung yang berada di sini. Ini menjadikan kos untuk travel ke sini sedikit murah dari segi penginapan kerana kurangnya para pelancung.

 

Greatwall at Jinshanling, Beijing | Solo Traveler

Written by mhilmi on . Posted in Travel Photography

 

                Berseorang ke Jinshanling dengan menaiki kenderaan awam iaitu bas bagiku agak mencabar juga memandangkan keadaan lokasinya yang agak jauh iaitu hampir 2 jam perjalanan dan juga  keadaan kenderaan awam yang agak kurang serta di tambah pula dengan penduduk tempatan yang kurang berbahasa Inggeris. Bas pertama untuk ke Jinshanling bertolak pada pukul 8.30 pg dari hentian Wanjing iaitu salah satu station Metro di Beijing. Station bas tersebut terletak lebih kurang 150 meter dari station MRT. Aku terlepas pandang juga dengan bas station tersebut walaupun besar tempatnya. Bagaimanapun, saya sempat menaiki bas pertama untuk ke Jinshanling. 

               Perjalanan yang mengambil masa lebih dari 1 1/2 jam untuk tiba ke hentianya. Aku hampir terlepas untuk turun di lokasi hentiannya kerana menjangkakan masih belum tiba. Bas berhenti di satu lokasi yang aku sangkakan hanya sekadar berhenti untuk ke tandas. Setelah aku masuk ke tandas, aku bertanyakan kepada pemandu bas yang langsung tidak faham bahasa Inggeris. Ketika itu terdapat lebih kurang 5 orang penumpang yang mendengar pertanyaan aku "adakah aku telah sampai ke Greatwall Jinshanling". Kesemua penumpang juga tidak faham pertanyaanku. Walaupun aku menyebut perkataan "Great Wall", mereka masih tidak faham.  Akhir sekali aku menunjukkan gambar Great Wall di dalam telefonku, barulah pemandu tersebut menunjukkan satu arah yang mana arah tersebut adalah untuk ke Great Wall. Aku bergegas naik ke bas dan mengambil backpack dan terus turun dari bas. Bas meneruskan perjalanan dan hanya aku seorang sahaja yang turun di situ untuk ke Great Wall. Memang benarlah Winter merupakan low season untuk ke Greatwall. Tiada penduduk tempatan yang berminat untuk ke Great wall pada musim sejuk. 

              Dari hentian tersebut masih ada perjalanan sejauh 5 KM untuk ke Great Wall.  Aku tidak pasti bagaimana untuk aku ke sana memandangkan tiada kelihatan bas atau teksi yang ingin ke sana. Akan aku sambung kisah perjalanan aku ini di masa akan datang. Apa yang ingin aku nyatakan di sini adalah bagiku Great Wall at Jinshanling adalah berbaloi untuk di kunjungi bagi peminat fotografi seperti aku memandangkan lokasinya yang kurang di minati dan mempunyai permandangan yang agak berlainan berbanding dengan Badaling. Apa kelainannya adalah jika kita merakamkan gambar, amat kurang terdapat gambar pengunjung lain yang akan masuk di dalam frame gambar yang kita rakamkan. Itu salah satu yang menyebabkan aku sanggup bersusah payah untuk ke sini. Aku ingin rakamkan foto yang kurang dengan pengunjung. Dan gambar di atas juga agak kurang di lihat di dalam internet kerana kita berada jauh dari lokasi Great Wall. Ia satu kelainan yang aku inginkan. Tidak pasti samada lokasi seperti ini terdapat di Great Wall at Badaling. 

 

 

 

 

Terracotta Army, Xian

Written by mhilmi on . Posted in Travel Photography

Terracotta Army (Terracotta Warrios and Horses) merupakan salah satu tinggalan arkeologi yang agak terkenal di China. Lokasinya adalah di bandaraya Xi'an. Kebanyakkan pelancung tidak melepaskan peluang untuk mengunjunginya. Saya juga tidak melepaskan peluang untuk mengunjunginya oleh kerana ia merupakan salah satu lokasi yang patut di kungjungi sekiranya kita ke Xi'an. Walaubagaimana pun, bagi yang kurang meminati ilmu sejarah, agak tidak berbaloi untuk mengunjunginya dengan bayaran sebanyak CYN 120 (low season -winter). Begitu juga dengan saya, bukan saya tidak meminati langsung sejarah. Tetapi ini sejarah luar negara yang saya tidak berapa mengetahuinya. Tetapi saya gagahkan diri juga untuk kesini kerana bukan senang untuk sampai ke Xi'an ni.

Oleh kerana saya bergerak secara solo, agak susah untuk mengambil gambar sendiri berlatarbelakangkan kawasan sejarah ini. Ini kerana ia terletak di dalam dewan yang besar di mana, kawasan sejarah ini di terangi dengan lampu dan juga cahaya matahari dari luar manakala kawasan pengunjung agak kurang cahaya. Oleh kerana contras antara kawasan patung-patung ini amat berbeza dengan kawasan pengunjung, susah untuk mensama ratakan kecerahannya. Oleh kerana itu saya agak malas bergambar di dalam ini. Tambahan pula susah untuk letakkan tripod di kawasan yang ramai pengunjungnya. Mengambil gambar-gambar patung-patung sejarah ini juga agak sukar kerana ia terlalu jauh dengan kawasan pengunjung dan saya pula hanya mempunyai lens 35mm bagi mengambil gambar jarak dari jauh.

Saya hanya menghabiskan masa di dalamnya selama lebih kurang satu jam sahaja. Satu oleh kerana kurang berminat mengambil gambar atas sebab sebab di atas, dan keduanya kerana saya mempunyai masa yang suntuk kerana pada awal pagi sebelum tiba di sini, saya telah banyak membuang masa kerana saya tersesat untuk ke bas station yang menghubungkan bandar Xi'an dengan kawasan sejarah ini yang mengambil masa lebih kurang 45 minit jika menaiki bas. Oleh kerana itu, masa selebihnya saya hanya berposing di luar dengan latar belakang ala ala "Winter Sonata". "Winter Sonata" lah Kononnnn... :-)

Mengambil gambar sendiri ala ala Winter Sonata lah kononnya.... :-)

 

X

Copyrighted (c) 2015 MieeyPhotography

All Right Reserved