Saqif & Lantern, Versi Suntingan Photoshop

Written by mhilmi on . Posted in Family Potraiture

 

Melihat beberapa rakan di facebook yang memuat naik gambar-gambar yang berasaskan prop 'lantern' atau pun pelita ayam, saya juga "teracun" dengan gambar tersebut dan ingin juga menghasilkannya. Jadi, bila berkesempatann mendapatkan pelita ayam dari kedai "hardware" yang agak rare, mulalah ingin mencubanya untuk menghasilkan gambar tersebut. Percubaan pertama hanya di lakukan di dalam rumah pada waktu malam dengan menutup semua lampu yang ada dan hanya memasang pelita ayam ini. Hasilnya agak ok untuk kali pertama tetapi memandangkan ia di ambil di dalam gelap, maka hasil cahaya dari pelita tersebut menjadi terlalu cerah dan sukar untuk "balance"kannya kecerahannya dengan subjek yang di ambil iaitu anak perempuan saya. 

Oleh kerana semangat yang masih berkobar-kobar untuk menghasilkan gambar yang menggunakan prop pelita ayam, dua hari selepas itu saya merancang untuk merakamnya di kawasan sawah bendang pada waktu lewat petang. Setelah berjaya memujuk anak lelaki saya pula, kami terus ke lokasi iaitu sawah bendang yang berdekatan. Malangnya baru permulaan proses merakam gambar tersebut, hujan mula turun. Jangkaan saya untuk merakamkan pada waktu yang lebih sedikit gelap tidak kesampaian. Maka tiada hasil yang seperti di kehendaki iaitu cahaya dari pelita ayam tersebut memberikan cahaya pada subjek iaitu anak lelaki saya.  Oleh kerana tidak berpuasa hati, maka berusahalah saya menyunting gambar tersebut untuk mendapatkan sedikit hasil yang di kehendaki.  Walaupun tidak seperti yang dikehendaki kerana ilmu suntingan yang tidak begitu baik, bolehlah sedikit untuk menghasilkan gambar seperti yang dikehendaki seperti dua gambar di atas. Insya Allah akan cuba lagi di lain kali. :-)