Kids Potraiture + The Making of Kids Potraiture

Written by mhilmi on . Posted in Family Potraiture

 

Untuk merakam gambar family yang cantik dan tersusun mengikut apa yang kita hendak bukanlah satu perkara yang mudah, terutamanya yang melibatkan anak-anak berumur 2 tahun hingga 8 tahun. Bagi yang meminati seni fotografi seperti saya pula, kadang kala kita sering asyik mengambil gambar orang atau subjek lain dengan sebaik mungkin tetapi lupa untuk merakamkan gambar family sendiri dengan sebaik mungkin. Kalau ada pun, mungkin beribu-ribu keping tetapi terperap di dalam hard disc sahaja. Nampaknya, seperti sudah menjadi lumrah seorang jurugambar atau photographer kurang mengambil gambar keluarga sendiri dengan sebaik mungkin berbanding mengambil gambar orang lain.

Pada kali ini saya berkesempatan sebentar untuk mengambil gambar anak-anak saya di kawasan sawah bendang.  Walaupun saya tinggal di negeri Kedah Jelapang Padi, tapi jarang ada kesempatan atau tidak mengambil kesempatan untuk merakamkan gambar family sendiri di kawasan sawah bendang. Biasalah, bila kita dekat dengan sesuatu tempat itu, rasa kurang minat dengan tempat tersebut sedangkan orang lain yang tinggal jauh dari tempat tersebut sanggup datang walaupun melibatkan kos yang tinggi dan masa yang panjang. Saya tidak merancang pun untuk mengambil gambar di sini, tetapi ternampak kawasan ini semasa membawa anak-anak ke Pusat Sains Wilayah Utara di Gunung Keriang. Anak yang sulung pula kali ini tidak mahu mengikut mungkin kerana sudah jemu ke Pusat sains ini kerana kami kerap ke sini. Jadi saya berempat sahaja ke pusat sains kali ini. Masa saya mengambil gambar ini pula bukanlah masa yang sesuai sebenarnya kerana waktu saya merakam gambar ini adalah lebih kurang pukul 12.00 tgh, tetapi memandangkan waktu ketika ini cuaca adalah mendung, jadi saya gagahkan juga merakamkanya ketika ini. 

Bukan mudah untuk mengambil gambar anak-anak yang sedang lasak dan juga sedang dalam proses serba ingin tahu dengan persekitaran mereka.  Apa sahaja benda yang baru pastinya menarik minat mereka dan ini akan membuatkan mereka tidak mudah diarahkan untuk duduk di sesuatu tempat walaupun hanya beberapa saat sahaja. Kalau dilihat gambar yang seterusnya adalah gambar semasa proses saya merakam gambar mereka. Anak yang bongsu tidak boleh duduk diam walau pun sesaat, dan kalau ia boleh diam sebentar, abangnya pula tidak menumpukan perhatian kepada apa yang diarahkan oleh saya. Walaupun akhirnya saya dapatlah juga merakam gambar seperti yang dikehendaki, tetapi wajah kakaknya pula tidak lah begitu ceria kerana penat mengendalikan adiknya yang begitu lasak memandangkan tiada orang dewasa lain yang membantu dalam proses mengambil gambar ini. 

Melihat gambar seterusnya pula yang berlatarbelakangkan sawah padi, si adik yang kecil sibuk hendak menngambil rumput dan hendak membuangkannya ke dalam sawah. Si kecil ini memang suka memcampak benda di dalam air. Saya pula tidak dapat menumpukan sepenuhnya perhatian merakam gambar kerana risaukan si adik jatuh ke dalam sawah melihatkan kakaknya yang juga tidak stabil berdiri di atas batas bendang tersebut. Begitu sukar sebenarnya si bapa yang ingin merakam gambar anak kecilnya kerana ada kala anak kecil itu ingin datang kepada ayahnya semasa ayahnya sedang merakam gambarnya. Dan kali ini, yang paling menyedihkan adalah apabila saya juga ingin bergambar dengan anak-anak, tiba-tiba bateri kamera saya telah pun habis kuasanya dan terpaksalah menggunakan kamera handphone sahaja :-). Tetapi bila melihat kembali gambar-gambar yang dirakam ini, sesetengah gambar yang diambil secara kandid mempunyai satu nilai sentimental kepada ahli keluarga bila melihatnya walaupun bukan itu gambar yang dirancang untuk di rakamkan. Apa pun, kepada jurugambar-jurugambar, rakamlah gambar keluarga anda sebaik mungkin bagaimana anda merakam gambar-gambar yang lain. Adiyosss... 

 

Ini bukannya hendak merakam aksi anak-anak berlari, tetapi si kecil tidak mahu berdiri di tempat yang saya arahkan.

 

Akhirnya kakak berjaya menangkap adiknya di membawa ke tempat yang di arahkan oleh saya.

 

 

Si kecil sibuk dengan sifat ingin tahunya dan suka mencampak daun ke dalam air.

 

Si Ayah hanya sempat bergambar dengan anak-anak dengan kamera handphone sahaja kerana bateri kamera dah habis. :-)

X

Copyrighted (c) 2015 MieeyPhotography

All Right Reserved