Abadikan Kenangan Travel Anda | Photobook Softcover, 8x8 inch, 40 pages.

Written by mhilmi on .

==

 

Rasa rugi rasanya jika kita telah mengembara beribu-ribu batu dan bersusah-susah mengambil gambar tetapi hanya sekadar berkongsi di laman Facebook atau pun Instagram. Gambar kenangan mengembara lebih bermakna kelihatan lebih menarik jika dicetak samada dalam bentuk photoprint, canvas print atau pun photobook. Kini banyak lagi cara untuk mengabadikan kenangan tersebut seperti mencetak sebagai sarung bantal, kalender, mug dan banyak lagi.  Terdapat beberapa laman web yang menawarkan perkhidmatan ini di malaysia dan kita boleh memesannya secara online sahaja dengan sedikit ilmu pengeditan. Laman-laman web ini juga sering menawarkan harga promosi yang amat berpatutan.

Saya telah lama bercadang untuk mencetak gambar pengembaraan saya di dalam photobook size besar 11 x 15 inci 200 pages, tetapi pastinya harga agak mahal dan juga perlu masa yang banyak untuk mengedit kesemua gambar dengan muka surat yang banyak itu. Tidak pasti bila saya mampu untuk menghasilkan photobook tersebut. Oleh sebab itu untuk permulaan, kali ini saya telah mencetak beberapa gambar kenangan saya semasa mengembara di beberapa negara. Saya telah mencetak dalam bentuk Photobook size 8 x 8 inci, 40 pages dengan softcover. Banyak harga promosinya yang ditawarkan dengan tidak termasuk kos penghantaran termasuk. Antara laman web yang menawarkan perkhidmatan ini adalah Photobook Malaysia dan juga Pixajoy. Banyak lagi yang menawarkan perkhidmatan ini dan terpulang kepada kita untuk memilih yang mana satu. Di sini saya kongsikan sedikit final produk photobook 8 x 8 inci, 40 pages dengan softcover. 

 

 

 

BUKU TRAVELOG "LANGTANG NEPAL, MENJELAJAH HINGGA KE HIMALAYA"

BOLEH DIDAPATI TERUS DARI SAYA. SILA KLIK

X

Copyrighted (c) 2015 MieeyPhotography

All Right Reserved