Untuk memastikan perjalanan penerbangan anda dari Srinagar tidak menghadapi masalah, ada baiknya anda menjangkakan tiba di kawasan lapangan terbang Srinagar 3 jam sebelum waktu penerbangan anda. Ini kerana proses untuk masuk ke kawasan lapangan terbang sehinggalah masuk kedalam pesawat akan mengambil masa yang lama atas sebab prosedur keselamatan di sana.

Apabila anda tiba di pintu pagar kawasan lapangan terbang srinagar, terdapat tentera India yang mengawal. Pemeriksaan keselamatan perlu dilakukan disini. Barisan pemeriksaan yang panjang sekiranya awal pagi kerana telah banyak kenderaan telah pun berbaris sejak awal pagi lagi untuk masuk dimana pemeriksaan dibuat hanya bermula pada pukul 6.00 pagi. Kita dikehendaki turun dari kenderaan dan membawa segala beg atau luggage yang ada tidak kira kecil atau besar dan akan dilakukan proses x-ray keselamatan. Anda juga perlu tunjukkan tiket sah anda untuk memasuki kawasan ini.

Kita juga perlu melakukan pemeriksaan badan bagi tujuan keselamatan dan pemeriksaan pasport atau pengenalan diri juga dilakukan. Kenderaan atau teksi yg digunakan juga dilakukan pemeriksaan di mana bonet kereta dan enjin perlu dibuka bagi tujuan pemeriksaan. Setelah selesai, kita akan kembali menaiki kenderaan/teksi untuk ke terminal yang jauhnya lebih kurang 500 meter.


All Right Reserved @mieeyphotography | Srinagar Aiport, Kashmir India

Ready to enter Srinagar Airport

Di hadapan Srinagar Airport | Flight to Delhi

Apabila sampai di terminal, terdapat dua pintu masuk yang berdekatan, satu pintu masuk untuk penumpang Spice Jet dan Jet Airways, manakala satu pintu lagi untuk penumpang Indigo. Disini, pemeriksaan keselamatan sekali lagi akan dilakukan di mana kesemua beg atau luggage akan di scan dan juga pemeriksaan badan dilakukan. Pemeriksaan tiket juga dilakukan disini sebelum anda dibenarkan untuk membuat pemeriksaan keselamatan. Disini perlu sedikit berhati-hati dengan beg bimbit atau backpack kecil yg mempunyai barangan berharga yang akan di scan. Sentiasa memerhatikan beg anda yg discan yang akan keluar di sebelah sana. Kadang kala keselarian pemeriksaan beg dengan pemeriksaan badan tidak selari di mana beg anda telah lepas pemeriksaan scan tetapi anda masih belum lagi dibuat pemeriksaan badan. Kebarangkalian terdapat penumpang yg telah lepas pemeriksaan badan mengambil beg anda tetap ada. Cuba untuk memastikan keselarian itu atau sekiranya anda bersama rakan, jarakkan diri anda dengan rakan agar masing-masing boleh memerhati beg rakan-rakan. Disini, pemeriksaan pasport atau pengenalan diri juga akan dilakukan.

Setelah selesai pemeriksaan tadi, kini tiba masanya untuk anda mendaftar masuk (check in) penerbangan anda. Mengikut peraturan penerbangan (Indigo yang saya gunakan), anda hanya dibenarkan membawa hanya satu beg bimbit (hand luggage) dengan maksimum berat sebanyak 7KG, tetapi apa yg saya lihat, ramai juga penumpang yg membawa dua hand luggage dan tiada masalah. 

Setelah selesai daftar masuk, anda akan diberikan satu "Tag" yang akan di ikat pada setiap hand luggage yang ada. Tag ini amat penting, sila pastikan ia tidak hilang/tercabut dari beg anda kerana ikatan tag ini mudah untuk putus. Tag ini diperlukan untuk tujuan bahawa beg yg dibawa adalah sah dan dibenarkan masuk kedalam pesawat. Prosedur ini sama di seluruh lapangan terbang di India.

"Hand Luggage TAG" yang diperlukan untuk agar beg anda di benarkan melepasi pemeriksaan keselamatan


Setelah selesai daftar masuk ini, kita akan ke "boarding area". Disini, pemeriksaan badan akan dilakukan dan juga hand luggage akan discan. Sebelum pemeriksaan dilakukan, tentera India ini akan memeriksaan "boarding pass" anda dan juga memastikan hang luggage anda mempunyai "Tag" yg diberikan semasa daftar masuk tadi. 

Setelah dilakukan pemeriksaan badan dan juga scan beg, anda akan ke satu kaunter pemeriksaan beg secara manual yang juga dilakukan oleh tentera India. Disini, anda perlu mengeluarkan segala barang anda yg berada didalam hand luggage anda. "Comparment" yg kecil pada beg anda juga akan diperiksa secara terperinci. Bagi yang membawa KAMERA, anda dikehendaki "switch On" kamera anda bagi memastikan ia betul-betul kamera. Dinasihatkan kepada yang membawa kamera untuk memastikan kamera anda berfungsi atau tidak kehabisan bateri sebelum anda ke lapangan terbang bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Setelah pemeriksa beg itu berpuas hati, "Tag" beg anda tadi akan dicop bagi mengesahkannya.

Setelah selesai pemeriksaan itu, anda akan melalui satu pintu dimana sekali lagi tentera India akan memeriksa dan memastikan Tag anda telah di cop, sekiranya belum ia akan menyuruh anda ke kaunter pemeriksaan beg tadi untuk mendapatkan cop setelah selsai diperiksa beg anda.

Setelah pemeriksaan keselamatan di lakukan, "boarding pass" anda akan di cop


Setelah itu, anda akan melalui escalator. Sebelum menaiki escalator tersebut, tag anda akan diperiksa lagi dan wakil penerbangan anda pula akan memeriksa boarding pass anda. Di sini, sekiranya anda ada daftar masuk beg, iaitu pada tiket anda terdapat sticker barcode beg anda, wakil penerbangan itu akan menyuruh anda pergi ke suatu bilik di tepi escalator sebelum anda menaiki escalator tersebut. 

Disini, anda perlu melihat dan memastikan kesemua beg yang telah didaftar tadi ada disitu sebelum ia akan dimuatkan kedalam pesawat. Ini bagi memastikan beg anda yang telah didaftar tidak tercicir atau tertinggal. Sekiranya anda gagal untuk berbuat demikian, kemungkinan besar beg anda akan tercicir dan tidak dimuatkan kedalam pesawat. Setelah selesai, baru lah anda boleh menaiki escalator untuk ke boarding gate. 

Bila tiba di boarding area ini, barulah anda boleh sedikit kurang stress dan menikmati kopi panas memandangkan cuaca sejuk ketika winter :-). Disini terdapat beberapa gerai minuman dan makan ringan, sebuah kedai buku, sebuah kedai cenderahati dan juga kedai pakaian. Perlu diingatkan, sekiranya anda membeli sesuatu disini, sila pastikan barang tersebut diletakkan di dalam beg anda yang mempunyai tag agar tidak mengalami masalah ketika boarding nanti.

Setelah pengumuman dibuat untuk proses boarding, seperti biasa wakil penerbangan akan memeriksa boarding pass anda manakala tentera akan memeriksa dan memastikan beg atau "hand luggage" anda mempunyai "Tag" yang sah. 

"Boading Area" di Srinagar Aiport


Buat pengetahuan, bandar Srinagar memang di penuhi dengan tentera India, boleh dikatakan di setiap pelusuk akan terdapat seorang dua tentera yang akan berkawal terutama kawaaN pekan yang sibuk. Begitu juga di luar dan di dalam terminal akan terdapat tentera yang akan berkawal. Pada hari ketibaan saya di Srinagar ini, perasaan gementar sentiasa diselubungi kerana melihatkan tentera yang ramai, setelah sehari dua barulah perasaan gementar itu hilang kerana tentera yang ramai di sekitar kawasan adalah perkara biasa di Kashmir.

Akhir sekali, sebelum anda memasuki pesawat iaitu betul-betul didepan pintu pesawat, anda akan sekali lagi diperiksa "Tag" beg atau "Hand Luggage" anda dan akan dicop sekali lagi oleh wakil penerbangan sebagai pengesahan. 

Setelah itu, barulah anda dibenarkan masuk, mendapatkan seat anda dan menikmati penerbangan anda serta menikmati Magic Rice (beriani segera yg di campurkan air panas untuk menikmatinya).Tidak kira kemana tujuan anda, kini anda telah lepas segala kesusahpayahan pemeriksaan keselamatan sebelum manaiki pesawat dari Srinagar ke mana jua destinasi di India.


Setiap penjuru Airport dan juga bandar Srinagar di letakkan Tentera untuk mengawasi keselamatan

View of Srinagar after take off 

Hanya sedikit puncak Himalaya yang kelihatan ketika fly dari Srinagar ke Delhi (sila perhatikan betul-betul banjaran Himalaya)