Tips cetak Foto 4R 400 keping dengan kos berpatutan.

Written by mhilmi on .

 

BAGAIMANA MENCETAK FOTO SIZE 4R SEBANYAK 400 KEPING .

Di sini saya kongsikan sedikit tips bagaimana untuk mencetak foto size 4R dengan harga yang lebih murah daripada biasa. Kebanyakan kedai mencetak gambar menawarkan harga cetakan foto size 4R dengan harga antara RM 0.30 hingga RM0.50 sekeping bergantung kepada jenis kertas yang di pilih. Saya memiliih untuk mencetak gambar keluarga bersize 4R jenis kertas Matte secara online di laman web Photobook Malaysia. Terdapat banyak lagi perkhidmatan cetakan foto secara online di Malaysia dan anda boleh memilihnya mengikut kesesuaian anda. 

Untuk mendapat harga cetakan secara online dengan lebih murah, salah satu pilihan yang anda boleh buat adalah dengan membeli voucher dari laman web Lazada atau lain-lain. Di Lazada (tiada komisen untuk saya pun), saya telah dapat membeli voucher untuk cetakan 4R sebanyak 100 keping dengan harga RM12.00 (harga asal adalah RM42.00). Voucher kebiasaannya akan di hantar selepas 24 jam atau lebih dan bukan secara "on the spot". Pihak Lazada akan mengemail voucher tersebut ke email anda. Anda dinasihatkan menyedia dan memilih dahulu gambar yang ingin dicetak kerana voucher tersebut akan tamat kurang dari 2 minggu. 

 

Saya telah mendaftarkan diri di laman photobook Malaysia agar mudah proses membuat pesanan cetakan dan pendaftaran perlu kerana saya memilih untuk mengedit gambar dan membuat pesanan secara online. Teradapat juga pilihan mengedit gambar secara offline dengan mendownload software Photobook Designer dan membuat pesanan apabila siap proses editing. Kelebihan mengedit secara online adalah anda boleh menyambung proses mengedit gambar tersebut di mana jua anda berada selagi terdapat talian internet. Setelah siap proses mengedit, anda boleh terus membuat pesanan untuk cetakan tersebut.

 

Semasa proses pesanan, anda perlu bayar kos penghantaran sebanyak RM8.48 (termasuk GST). Anda perlu mengubah jenis kertas Matte agar tiada charge tambahan sebanyak RM25.00 di kenakan. Secara default, pilihan memilih kertas dengan kos tersebut telah dilakukan. Jadi anda perlu menukarnya agar tiada charge tambahan RM25 dikenakan.

 

Semasa proses tempahan, keseluruhan kos adalah sebanyak RM50.00 kerana anda belum lagi memasukkan Code Voucher yang telah anda beli di laman web Lazada.

 

Setelah anda memasukkan code Voucher yang telah dibeli, kos yang perlu anda bayar kepada Photobook Malaysia adalah hanya sebanyak RM8.48 termasuk GST

 

 

Apabila berjaya membuat pembayaran secara online, Mesej pesanan anda telah berjaya akan di keluarkan bersama dengan order Number. Email pesanan anda juga di hantar secara automatik. Pesanan anda akan mengambil masa 3 ke 7 hari waktu berkerja untuk tiba di depan pintu rumah anda.

Saya telah membeli 4 voucher RM 12.00 setiap satu untuk cetakan 100 keping foto 4R matte paper. Kos penghantaran setiap satu adalah RM8.48 (termasuk GST). Tiada option untuk combine penghantaran. 

Kos Voucher 12 x 4 = RM 48.00, Kos penghantaran 4 x RM 8.48 = RM 33.92 , TOTAL RM 81.92

Selamat Menyelamatkan Memori anda bersama keluarga. Tiada sebarang komisen kepada saya samada dari Lazada atau Photobook Malaysia. Hanya sekadar pesanan kepada rakan-rakan yang gambar mereka dan keluarga di Facebook dan IG begitu cantik sekali. :-)

 

 

BUKU TRAVELOG "LANGTANG NEPAL, MENJELAJAH HINGGA KE HIMALAYA"

BOLEH DIDAPATI TERUS DARI SAYA. SILA KLIK

 

X

Copyrighted (c) 2015 MieeyPhotography

All Right Reserved