• This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 

 

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

 

 

      Jerami Gulung. Dulu saya tak tahu pun jerami gulung ini wujud di Malaysia. Saya ingatkan ia hanya wujud di luar negara walau pun dulu masa kecil saya pernah menolong ayah saya mengerjakan sawah padi di Perak. Sejak 4,5 tahun yang lalu baru saya tahu jerami gulung wujud di Malaysia. Saya pernah shoot gambar anak saya bersama jeramai gulung pada tahun 2017. Tahun 2018 tidak berkesempatan. Oleh sebab itu kali ini cuba juga sedaya upaya untuk ambil gambar jerami gulung. Pada mulanya saya hanya merancang mengambil gambar bersama 2 orang anak saya sahaja. Tapi bila difikirkan jerami gulung ini hanya ada setahun sekali selepas menuai, saya cuba juga untuk aturkan photoshoot bersama keseluruhan keluarga saya. Saya ingin merakam dan abadikan gambar kenangan bersama keluarga dengan jerami gulung yang agak unik kiranya. Jerami gulung hanya wujud setahun sekali sahaja kerana kebiasaannya padi yang dituai pada hujung tahun tanahnya lembab kerana musim tengkujuh. Jentera tidak boleh masuk ke dalam sawah padi kerana tanahnya terlalu lembut. Jadi pada awal tahun sahaja jentera boleh masuk kerana tanah kering atas sebab cuaca yang panas. Ini adalah maklumat yang saya ketahui, tidak pasti akan kebenarannya yang sebenar.

 

      Post kali ini saya lebih banyak kongsikan gambar candid berbanding post yang sebelum ini dalam sesi photoshoot yang sama. Ini kerana bila saya perhatikan kembali semua gambar-gambar yang saya rakam, gambar candid ini lebih menarik untuk dilihat berbanding dengan gambar photogroup yang biasa. Sehinggakan saya telah pun menyiapkan photobook album gambar-gambar candid ini yang hanya tunggu masa untuk dihantar cetak sahaja selepas ini. Gambar-gambar candid ini saya rakamkan sendiri dengan menggunakan tripod tanpa meminta bantuan dari rakan. Bagaimana ia boleh dilakukan ???  

 

      Untuk merakam gambar sendiri atau group, kita boleh meletakkan camera pada tripod atau apa-apa struktur yang berdekatan dengan kita. Kemudian boleh setkan pada kamera untuk selftimer 10 atau 20 saat mengikut keperluan. Cara ini membolehkan kita merakam gambar satu keping pada satu masa atau 3,4 keping gambar jika kita tetapkan pada burst mode. Tapi kadang-kadang kita tidak dapat merakam gambar dengan possing yang dikehendaki dan terpaksa kembali ke pada kamera untuk set yang seterusnya. ini agak meletihkan. Oleh kerana saya ingin merakam gambar anak-anak terutama anak2 kecil yang tidak boleh duduk diam, saya kemudian mencari alternatif untuk merakam gambar dengan menggunakan apps remote pada smartphone (bukan semua camera ada mode ini). Tetapi bila dilihat kembali, agak tidak menarik kerana dapat melihat saya sedang memegang smartphone di dalam gambar. Tetapi sejak saya travel solo ke China pada tahun 2016, saya mendapat idea untuk menggunakan interval mode untuk merakam gambar saya sendiri sepanjang saya travel walaupun sebenarnya telah ramai yang mengguna cara ini. Interval mode ini biasanya digunakan untuk merakam gambar secara berterusan mengikut seting yang kita buat samada setiap 1 saat, 2 saat atau pun berapa yang kita mahu. Mode ini sebenarnya digunakan oleh photographer untuk merakam gambar bagi timelapse. Kebanyakan kamera ada mode ini. Mode ini membolehkan saya merakam gambar saya sendiri setiap 1 saat sehinggalah saya menghentikan mode itu untuk terus merakam gambar. Sejak dari itu saya sering menggunakan mode ini untuk merakam gambar saya atau keluarga. 

 

      Pada kali ini saya juga menggunakan cara ini untuk merakam gambar keluarga dan kali ini saya dapat hasilkan momen-momen candid keluarga saya sepanjang saya merakam gambar di sini. Lebih menarik gambar-gambar yang dirakam secara candid berbanding dengan pose yang dirancang. Momen secara candid nampak lebih bersahaja. Bebalik kepada jerami gulung, oleh kerana ia hanya ada setahun sekali, saya mengambil kesempatan untuk merakamnya walaupun cuaca sekarang amat panas dari biasa dan tidak sesuai untuk aktiviti keluar diluar. Oleh itu saya mengambil langkah berjaga-jaga dengan bekalan air minum yang banyak untuk anak-anak dan juga menggunakan payung serta topi bila masa proses merakam gambar tidak dilakukan. Bagi yang sering merakam gambar anak-anak, pastinya tahu bagaimana sukarnya untuk merakam gambar anak-anak dalam photogroup kerana anak-anak kecil sering bergerak dan sukar untuk menyuruh mereka duduk diam. Tambahan pula bila di luar dengan suasana yang agak baru dan jarang dijumpai mereka, maka mereka akan lebih aktif dan banyak bergerak untuk "explore" keadaan sekeliling yang menarik buat mereka. Anak kecil saya kali ini tidak berhenti bermain dengan jerami padi yang ada kerana jarang dijumpai dirumah. Boleh "stress" juga semasa proses untuk merakam gambar anak-anak ini. Tetapi amat puas hati dapat merakam gambar mereka yang akan menjadi kenangan bila mereka besar nanti. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

 

“Access to books and the encouragement of the habit of reading: these two things are the first and most necessary steps in education and librarians, teachers and parents all over the country know it. It is our children’s right and it is also our best hope and their best hope for the future.” –Michael Morpurgo

“I believe we should spend less time worrying about the quantity of books children read and more time introducing them to quality books that will turn them on to the joy of reading and turn them into lifelong readers.”–James Patterson

“Let children read whatever they want and then talk about it with them. If parents and kids can talk together, we won’t have as much censorship because we won’t have as much fear.” –Judy Blume

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

 

Learn to enjoy every minute of your life. Be happy now.

Don't wait for something outside of yourself to make you happy in the future.

Think how really precious is the time you have to spend, whether it's at work or with your family.

Every minute should be enjoyed and savored.

Quotes by - Earl Nightingale -

 

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
  • 32, Alor Setar, 05050. Malaysia
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • Whatsapps