Projek Jerami Gulung | Kedah

Written by mhilmi on . Posted in Family Potraiture

         Kewujudan Jerami Gulung di kawasan Kedah ini telah lama di ketahui oleh saya semenjak saya menetap di Kedah hampir 9 tahun yang lalu. Jerami Gulung ini kelihatan seakan sama dengan Jerami Gandum yang di gulung yang ada di luar negara. Ia kelihatan unik bila berada di kawasan sawah bendang di kawasan kedah ini. Di kedah ini aktiviti menggulung jerami ini dikendalikan oleh Pihak MADA. 

         Mengikut infomasi yang saya ketahui, ia kebiasaannya dilakukan hanya setahun sekali. Walaupun padi ditanam dan dituai dua kali setahun, tetapi proses melakukan jerami gulung ini hanya sekali setahun iaitu selepas padi dituai pada musim yang paling kering. Ini kerana pada musim yang paling kering, kawasan sawah yang telah kering tanahnya lebih kering dan keras dan ini memudahkan jentera untuk menggulung jerami ini dan juga lori masuk ke kawasan sawah padi. 

         Saya telah lama ingin merakamkan permandangan sawah padi dengan beberapa jerami gulung. Tetapi oleh kerana tidak banyak aktiviti ini dilakukan, agak sukar untuk mengetahui di mana dan bila ia akan di lakukan. Tambahan pula, selepas proses jerami gulung ini dilakukan, mereka akan terus menaikkan jerami gulung ini di atas lori dan di bawah terus ke kawasan simpanannya. Ini kerana bagi mengelakkan ia hilang di curi orang. Oleh kerana itu agak sukar untuk saya mengetahui bila ia dilakukan dan di mana.  

         Tetapi kali ini saya bernasib baik dapat mengetahui di mana ia akan dilakukan atas info yang di berikan oleh salah seorang rakan facebook saya yang telah pun memuatnaik gambar jerami gulung ini di facebook. Mengikut rakan facebook saya itu, aktiviti ini akan dilakukan lagi esok hari. Saya telah mengambil peluang ini membawa anak-anak saya untuk melihat sendiri bagaimana jerami gulung ini dilakukan dan juga merakam gambar jerami gulung ini. Amat menarik sekali melihat bagaimana jentera khas itu mengutip jerami-jerami yang ada dan terus memprosesnya serta menggulung jerami tersebut dan akhirnya ia di keluarkan di bahagian belakang jentera tersebut. 

X

Copyrighted (c) 2015 MieeyPhotography

All Right Reserved