• This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Travel Photography

Suka mengambil gambar dan mendapatkan  pengalaman ketika mengembara di tempat orang.

Wedding Photography

Merakamkan momen sepanjang perjalanan majlis perkahwinan.

Aerial Photography

Memberikan service merakam gambar dan video dari atas menggunakan drone.

Family Potraiture

Suka merakam gambar keluarga
dan anak-anak bila ada
masa terluang

Aerial View Collection

Koleksi Aerial View yang pernah di rakamkan.

Take a quick tour

Photobook adalah salah satu kaedah masa kini untuk kita menyimpan gambar-gambar kenangan dalam bentuk "hardcopy". Pelbagai syarikat menawarkan khidmat ini dengan perbagai jenis produk dengan pelbagai jenis harga dan promosi. Di Malaysia terdapat beberapa syarikat seperti Photobook Malaysia dan juga Pixajoy. Banyak lagi Syarikat lain yang menawarkan khidmat ini di Malaysia. Manakala untuk pasaran antarabangsa, antara syarikat yang menawarkan khidmat ini adalah seperti Shuterfly, Snapfish, Amazon Print, Artifact Uprising, Mixbook, Blurb dan macam-macam lagi. Saya pernah sekali dua cuba menggunakan khidmat dari syarikat luar seperti Blurb. Dari segi kualiti rasanya masing-masing ada kelebihan dan kelainan. Cuma untuk syarikat antarabangsa ini, kita terpaksa mengeluarkan kos penghantaran yang agak mahal berbanding dengan syarikat di dalam Malaysia. Apa pun kita boleh cuba print produk yang kecil untuk lihat hasil kualiti syarikat luar negara tersebut untuk dibandingkan dengan apa yang ada di Malaysia. Apa yang penting adalah print gambar secara "hardcopy" ini lebih puas hati untuk kita melihatnya dan merasainya berbanding melihat gambar di paparan komputer atau smartphone. 

 

Disini saya kongsikan sedikit tatacara ringkas untuk print gambar photobook melalui syarikat Photobook Malaysia (tiada komisen untuk saya pun) dengan menggunakan voucher agar harga nya lebih murah dari biasa. 

 

1. Pastikan anda rancang dulu size dan jenis photobook yang ingin dihasilkan sebagai contoh dalam photobook Malaysia kita ada beberapa jenis seperti :

 

- Merancang jenis dan saiz photobook ini penting kerana kita ingin sesuaikan jenis voucher yang ditawarkan agar harga keseluruhannya nanti lebih murah. 

 

2. Buka laman web Photobook Malaysia (www.photobook.com.my)dan klik pada menu Promotion.

 

 

3. Pilih jenis voucher yang bersesuaian dengan size dan juga jumlah mukasurat (pages). Photobook yang telah atau dihasilkan perlulah sesuai dengan voucher agar harga lebih berpatutan. Untuk contoh ini saya memilih jenis Medium Landscape Hardcover Photobook 80 pages yang bernilai RM120.

 

 

4. Setelah dipilih, buat pembayaran voucher yang dipilih secara online.

 

 

5. Untuk contoh ini saya membeli 2 voucher RM120 dengan harga RM240. Saya rancang untuk buat dua photobook, sebab itu saya beli dua.

 

 

6.Payment di buat secara online.

 

 

7. Buka aplikasi Photobook Designer (terdapat dalam versi Windows dan Mac Apple yang boleh di download dari website photobook) dan hasilkan photobook yang diingini atau buka photobook yang telah dihasilkan. Klik pada menu Order yang ada di sebelah bahagian atas kanan.

 

 

8. Tick pada bahagian disclaimer dan klik pada butang start.

 

 

9. Setelah klik button start, secara automatik ia akan membuka web browser page photobook. Sebaiknya kita perlu daftar dulu page tersebut kerana mudah untuk kita melihat status pesanan (order) yang telah dibuat nanti. 

 

 

  - Dibahagian ini kita boleh membuat beberapa perubahan atau pilih mengikut kesesuaian yang kita mahu dari segi tambahan accessories, Pilihan cover, pilihan jenis kertas cover dan juga pilihan jenis kertas setiap pages. Segala perubahan ini akan mengubah harga keseluruhan pakej yang dipesan.

 

10. Rujuk email anda untuk mendapatkan code voucher yang dibeli sebelum ini. Photobook akan menghantar code tersebut ke dalam email anda. Copy code tersebut dan masukkan dibahagian Voucher Code & Gift Card Redemption dan klik REDEEM. Secara automatik harga keseluruhan tadi akan berubah. Bagaimanapun, jika kita menukar option yang ada tadi seperti jenis kertas, tambahan harga tersebut perlu kita bayar dan tiada tolakan harga dari voucher yang dibeli. Kos penghantaran juga perlu dibayar kerana ia tidak termasuk dalam voucher yang dibeli.

 

 

11. Klik Next untuk membuat pembayaran secara online. Dalam gambar di bawah ini tidak dapat saya tunjukkan harga terakhir setelah ditolak voucher kerana ini hanyalah contoh sahaja. Harga yang sepatutnya perlu dibayar hanyalah harga kos penghantaran sebayak RM10. 

 

 

Selepas membuat pembayaran, jangan tutup browser anda tersebut, dalam beberapa saat, secara automatik ia akan membuka kembali aplikasi photobook designer dan diberi pilihan untuk UPLOAD hasil photobook tadi secara online atau ada juga pilihan untuk burn hasil tersebut kedalam CD dan dihantar secara pos (Zaman 90an boleh lah buat cara ini). Klik proceed upload dan tunggu sehingga siap upload sebelum anda tutup aplikasi tersebut. Setelah siap upload barulah boleh anda tutup aplikasi dan goyang kaki tunggu photobook anda sampai di depan pintu rumah anda. Jangan silap letak alamat sudahlah.

 

 

Untuk order yang saya telah buat (lupa untuk screenshot), saya hanya bayar kos penghantaran RM10 sahaja, harga kos lain sebanyak RM347 telah di tolak 100% apabila redeem voucher. RM 30 jenis kertas saya tukar kepada biasa dan ia tolak harga RM30 tersebut. Jadi kos keseluruhan untuk photobok yang saya buat adalah RM 120 Voucher + RM 10 kos penghantaran = RM130 sahaja untuk Photobook jenis Medium Landscape Hardcover Photobook 80 pages. Saya tak boleh nak tunjuk sample photobook tersebut kerana ia masih dalam proses printing dan penghantaran.  Nanti saya update bila dah terima photobook tersebut. 

 

Diharap kaedah yang saya kongsikan ini dapat sedikit sebanyak memberi panduan kepada yang ingin membuat photobook gambar keluarga masing-masing. Saya yakin anda pasti suka melihat gambar keluarga anda secara hardcopy berbanding melihat secara virtual di Screen komputer atau smartphone anda.  Ia tidak sama walaupun anda ada screen tv bersaiz 100 inci untuk melihat gambar tersebut. 

 

 

 

 

 

 

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Traveling Alone

Will be the scariest, most liberating, life changing experience of your life.

Try it at least once

 

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Feel Free to Contact Me

 If you have any further questions, please don't hesitate to contact me. 

Whatapps
  • 32, Alor Setar, 05050. Malaysia
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • Whatsapps